1)Rumah 'Transparent'
Sebuah rumah unik dan pelik telah berjaya dibina di Jepun. Ia mempunyai keluasan 914 kaki persegi dan mempunyai 21 lantai plat yang diatur dengan ketinggian berbeza. Keunikan yang dimaksudkan di sini adalah reka bentuk rumah yang moden dan kraetif tetapi ia bersifat lut sinar yang mana orang luar boleh melihat apa yang tuan rumah lakukan. Walaupun nampak cantik, kekurang yang jelas adalah tiada privasi bagi tuan rumah. Apa-pun, kejayaan membina rumah ini haruslah dipuji kerana memerlukan perincian yang tepat bagi kestabilan dan kekukuhannya supaya selamat didiami.
2)Rokok Elektronik
Reka bentuk rokok elektronik moden ini telah direka oleh seorang ahli farmasi China, Hon Lik pada tahun 2007, berdasarkan konsep awal yang telah diilhamkan oleh Herbert A.Gilbert. Rokok elektronik ini mempunyai tiga bahagian: bateri/mikroelektronik, alat menghasilkan wap(atomizer) dan juga tempat untuk menghisap/katrij. Bila menyedut melalui tempat khas yang disediakan mikro sensitif akan menyambung dan mengaktifkan bateri yang boleh dicaj semula serta merta akan menyebabkan pengewapan asap untuk mewapkan setitik cecair katrij. Wap itu tadi telah pun terhasil dengan campuran nikotin dalam bentuk kabus yang mana akan terus disalurkan ke saluran darah melalui paru-paru dan serta merta melegakan dari ketagihan merokok. Rokok ini juga telah dipasarkan di Malaysia dan mempunyai sambutan yang baik dalam kalangan perokok walaupun harganya agak mahal berbanding rokok biasa.
3)Sorapot
Lupakan tentang teko klasik. Lihat pada teko futuristik yang direka oleh Joey Roth, seorang pereka industri daripada New York . Joey memilih Alcoa aluminium kerana kelebihan berbanding bahan-bahan lain. Joey mengapikasikan konsep "When designs meet technology" terhadap alat ciptaannya. Ciri aluminium yang ringan dan kebolehan logam untuk memindahkan haba bergabung dengan reka bentuk futuristik, sorapot akan melengkapkan dapur moden anda. Sorapot telah berada di pasaran pada tahun 2008.
4)Rumah Terbang Wolke 7
Rumah terbang Wolke 7 merupakan sebuah rumah terbang konsep masa depan yang telah diilhamkan oleh Timon Sager, seorang pereka daripada Switzerland. Ia merupakan satu rekaan menarik bagi pencinta keindahan, kedamaian dan suka melancong. Kombinasi sebuah kapal terbang dan rumah yang futuristik, idea ciptaan ini sangat inovasi dan boleh diketengahkan untuk masa hadapan. Walau bagaimapun, pembinaanya memakan kos yang sangat tinggi lebih-lebih lagi kos minyak untuk menerbangkan sesebuah pesawat.
5)Tandas Awam
6)Robot Pembersih i Robot Looj Gutter
i Robot Looj merupakan produk yang direka untuk membuat pembersihan longkang yang lebih cepat, mudah dan selamat oleh Sandra B. Lawrence dari Amerika Syarikat. Dikawal oleh alat kawalan jauh wireless, Looj boleh digunakan dengan mudah di longkang, atap rumah untuk menghapuskan kotoran, daun, serpihan yan boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian rumah. Produk ini juga sangat praktikal dengan harga yang berpatutan dalam pasaran.
7)Exoskeleton Backpack
Vinacia Integral Design telah mereka pelbagai beg baru dari Itali. Beg ini menggabungkan kekuatan dan keringan rangka serat karbon luaran yang menyokong dan melindungi fabrik nilon kalis air ditambah dengan ketahanan dalaman. Ciri beg sandar 3poket yang boleh diakses dari luar ransel.Reka bentuknya yang berkulit luar keras telah menjadi perhatian ramai pengguna terutamanya pelajar bagi memudahkan membawa laptop dan barang peribadi lain dan tidak menjejaskan kesihatan.
8)Almari Dapur Pintar
Rekaan ini telah dicipta oleh tiga pereka dari China iaitu Cheng,Guang Kui dan Zhou Dong. Almari ini mempunyai tiga bahagian yang berfungsi untuk membasuh, memasak dann mencampurkan. Ia dibina dengan struktur integratif dengan operasi jadual flum, dapur dan mengagihkan akses disinfactor dan ketuhar secara simetri. Almari ini juga menggunakan tahap bearing, sistem tekanan hidraulik,dan sistem penutupan.
9)Lori kontena
Konsep lori kontena ini telah direka oleh individu yang bernama Jupin Ghanbari dan telah menerima banyak anugerah seperti Transport Efficiency 2008 dan lain-lain. Lori ini melibatkan konsep lori dengan kontena yang boleh mengangkat lebih banyak muatan. Rekaan ini turut mengutamakan ketahan serta kestabilan untuk menahan bebanan yang kuat untuk digunakan di jalan raya.
10)Helikopter Penyelamat
Idea dan konsepnya berasal dari seorang jurutera dari Amerika Syarikat. Helikopter ini berperanan sebagai pesawat kecil yang digunakan untuk operasi menyelamat seperti bencana alam, peperangan dan sebaginya, Helikopter ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang canggih dan rekaan yang mewah dan menarik. Ia juga dilengkapkan dengan kapasiti yang luas untuk membawa mangsa dan bantuan ubatan atau makanan. Kos pembuatannya juga sangat tinggi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekos dye mahal jugak tu
ReplyDelete