Tuesday, 29 May 2012

PROFIL DIRI

Assalamualaikum w.b.t

    • Nama         : Nabila Hanis Bt Azmi
    • No.Matrik   : A131798
    • Program     : Psikologi
    • Fakulti       : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
    • Semester   : Dua (2011/2012)
    • Tutorial     : Selasa, 8-10 malam, Makmal 4 Fakulti Pendidikan
    • Emel        : bellanis_151@yahoo.com
    • Facebook  : www.facebook.com/nonabellazmi


Saturday, 26 May 2012

PROJEK VIDEO KUMPULAN

Tajuk Video: "Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul"

'SELAMAT MENONTON' :) ! 


MODUL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) : BERASASKAN BAHAN BUANGAN BEKAS MINUMAN.

Termos  Mini Segera 

Bahan-bahannya : bekas tupperware minuman terpakai, botol air plastik bersaiz sederhana, kapas, kertas aluminium, gam.  

 dimensi hadapan


dimensi atas

dimensi hadapan sisi tengah

dimensi atas zoom

dimensi atas di kawasan tengah

dimensi sisi kiri
dimensi sisi kanan


dimensi atas

dimensi zoom tengah


dimensi atas

dimensi hadapan

dimensi atas sisi kanan

dimensi atas sisi tengah

dimensi hadapan 

Sunday, 20 May 2012

Contoh-contoh Video Menarik Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan

1) :Iklan Air Mineral : Evian Roller Babies




2)Kereta Berteknologi Kapal Terbang


3)Meja Serba Guna




4)Gas Silender




5)Kerusi Kadbod




6)Pengecas Hidrogen Power Trekk 


7)The Flying Board with Magnetic Levitation


8)Rolltop


9)Amazing Sony Technology MP4


10)The Holographic Home





Contoh-contoh Gambar Teknologi dan Inovasi

1)Rumah 'Transparent'
Sebuah rumah unik dan pelik telah berjaya dibina di Jepun. Ia mempunyai keluasan 914 kaki persegi dan mempunyai 21 lantai plat yang diatur dengan ketinggian berbeza. Keunikan  yang dimaksudkan di sini adalah reka bentuk rumah yang moden dan kraetif tetapi ia bersifat lut sinar yang mana orang luar boleh melihat apa yang tuan rumah lakukan. Walaupun nampak cantik, kekurang yang jelas adalah tiada privasi bagi tuan rumah. Apa-pun, kejayaan membina rumah ini haruslah dipuji kerana memerlukan perincian yang tepat bagi kestabilan dan kekukuhannya supaya selamat didiami.

2)Rokok Elektronik
Reka bentuk rokok elektronik moden ini telah direka oleh seorang ahli farmasi China, Hon Lik pada tahun 2007, berdasarkan konsep awal yang telah diilhamkan oleh Herbert A.Gilbert. Rokok elektronik ini mempunyai tiga bahagian: bateri/mikroelektronik, alat menghasilkan wap(atomizer) dan juga tempat untuk menghisap/katrij. Bila menyedut melalui tempat khas yang disediakan mikro sensitif akan menyambung dan mengaktifkan bateri yang boleh dicaj semula serta merta akan menyebabkan pengewapan asap untuk mewapkan setitik cecair katrij. Wap itu tadi telah pun terhasil dengan campuran nikotin dalam bentuk kabus yang mana akan terus disalurkan ke saluran darah melalui paru-paru dan serta merta melegakan dari ketagihan merokok. Rokok ini juga telah dipasarkan di Malaysia dan mempunyai sambutan yang baik dalam kalangan perokok walaupun harganya agak mahal berbanding rokok biasa.

3)Sorapot
Lupakan tentang teko klasik. Lihat pada teko futuristik yang direka oleh Joey Roth, seorang pereka industri daripada New York . Joey memilih Alcoa aluminium kerana kelebihan berbanding bahan-bahan lain. Joey mengapikasikan konsep "When designs meet technology" terhadap alat ciptaannya. Ciri aluminium yang ringan  dan kebolehan logam untuk memindahkan haba bergabung dengan reka bentuk futuristik, sorapot akan melengkapkan dapur moden anda. Sorapot telah berada di pasaran pada tahun 2008.

4)Rumah Terbang Wolke 7
Rumah terbang Wolke 7 merupakan sebuah rumah terbang konsep masa depan yang telah diilhamkan oleh Timon Sager, seorang pereka daripada Switzerland. Ia merupakan satu rekaan menarik bagi pencinta keindahan, kedamaian dan suka melancong. Kombinasi sebuah kapal terbang dan rumah yang futuristik, idea ciptaan ini sangat inovasi dan boleh diketengahkan untuk masa hadapan. Walau bagaimapun, pembinaanya memakan kos yang sangat tinggi lebih-lebih lagi kos minyak untuk menerbangkan sesebuah pesawat.

5)Tandas Awam 
Tandas yang kotor di kawasan tumpuan ramai sering menjadi masalah bagi pengguna. Oleh itu, seorang pereka dari Chicago, Eddie Gandelman telah mereka tempat buang air kecil bagi lelaki. Idea yang inovatif telah dikemukakan dengan konsep mesra alam. Dengan format pod dengan 4 tempat buang air kecil pada setiap pod,pengguna dapat lebih privasi dan ruang. Sistem ini juga menggunakan urin yang terkumpul ditapis dan dijadikan baja semulajadi untuk tumbuhan.



6)Robot Pembersih i Robot Looj Gutter 
i Robot Looj merupakan produk yang direka untuk membuat pembersihan longkang yang lebih cepat, mudah dan selamat oleh Sandra B. Lawrence dari Amerika Syarikat. Dikawal oleh alat kawalan jauh wireless, Looj boleh digunakan dengan mudah di longkang, atap rumah untuk menghapuskan kotoran, daun, serpihan yan boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian rumah. Produk ini juga sangat praktikal dengan harga yang berpatutan dalam pasaran.



7)Exoskeleton Backpack
Vinacia Integral Design telah mereka pelbagai beg baru dari Itali. Beg ini menggabungkan kekuatan dan keringan rangka serat karbon luaran yang menyokong dan melindungi fabrik nilon kalis air ditambah dengan ketahanan dalaman. Ciri beg sandar 3poket yang boleh diakses dari luar ransel.Reka bentuknya yang berkulit luar keras telah menjadi perhatian ramai pengguna terutamanya pelajar bagi memudahkan membawa laptop dan barang peribadi lain dan tidak menjejaskan kesihatan.


8)Almari Dapur Pintar


Rekaan ini telah dicipta oleh tiga pereka dari China iaitu Cheng,Guang Kui dan Zhou Dong. Almari ini mempunyai tiga bahagian yang berfungsi untuk membasuh, memasak dann mencampurkan. Ia dibina dengan struktur integratif dengan operasi jadual flum, dapur dan mengagihkan akses disinfactor dan ketuhar secara simetri. Almari ini juga menggunakan tahap bearing, sistem tekanan hidraulik,dan sistem penutupan.


9)Lori kontena
Konsep lori kontena ini telah direka oleh individu yang bernama Jupin Ghanbari  dan telah menerima banyak anugerah seperti Transport Efficiency 2008 dan lain-lain. Lori ini melibatkan konsep lori dengan kontena yang boleh mengangkat lebih banyak muatan. Rekaan ini turut mengutamakan ketahan serta kestabilan untuk menahan bebanan yang kuat untuk digunakan di jalan raya.


10)Helikopter Penyelamat
Idea dan konsepnya berasal dari seorang jurutera dari Amerika Syarikat. Helikopter ini berperanan sebagai pesawat kecil yang digunakan untuk operasi menyelamat seperti bencana alam, peperangan dan sebaginya, Helikopter ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang canggih dan rekaan yang mewah dan menarik. Ia juga dilengkapkan dengan kapasiti yang luas untuk membawa mangsa dan bantuan ubatan atau makanan. Kos pembuatannya juga sangat tinggi.


Friday, 11 May 2012

Isu-isu berkaitan Teknologi dan Inovasi Pendidikan




Teknologi dan Pendidikan ternyata memainkan peranan utama dalam memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelbagai isu dan kekangan yang timbul berhubung dengan penggunaan internet dalam kalangan pelajar dan pengajar( guru atau pensyarah untutk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya:


i)Kepakaran pengajar yang terhad
Kebanyakan guru / pensyarah yang senior tidak mempunyai minat dan keinginan untuk mengaplikasikan teknologi dan memilih kaedah pengajaran secara tradisional. Namun, terdapat juga pengajar yang terlatih tetapi bilangannya terhad. Oleh itu, berlakunya kekangan sekiranya pengetahuan dan pengalaman pengajar terhad terhadap penggunaan internet.


ii)Kekurangan khidmat sokongan 
Membekalkan dan menyelenggara peralatan computer di sekolah memerlukan kos yang tinggi. Namun, kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan computer menyebabkan banyak computer yang mengalami kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Selain dari itu, kerja-kerja membaik pulih komputer ini dibebankan kepada guru yang mempunyai kemahiran tentang komputer. Bagi mengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu diwujudkan unit sokongan teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam kerja baik pulih dan penyelenggaran komputer.


iii)Masalah isi kandungan dalam internet
Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, khabar angin, diskriminasi dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran sukar dicapai. Ini menjadikan ibu bapa dan pengajar bimbang terhadap laman web lucah, keganasan dan hiburan yang berbentuk fitnah.


iv)Masalah maklumat yang tidak tepat
Keistimewaan internet ialah tiada seorang pun yang memilikinya dan mengawalnya, Semua orang mempunyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan keraguan sekiranya para remaja terutamanya golongan pelajar tidak dapat membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh yang demikian, pengajar perlu berupaya untuk membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul.


v)Masalah mencari maklumat
Mempunyai akses ke internet tidak menjamin maklumat ada dapat digunakan untuk pembelajaran yang bermakna. Keadaan ini berlaku kerana guru menghadapi masalah untuk membuat pilihan ketika mencari maklumat disebabkan gambaran di hadapan mereka bercampur aduk serta maklumatnya bercelaru. Keadaan ini akan member kesan kepada pemilihan. Oleh itu, pengajar haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan enjin carian maklumat yang dikehendaki daripada internet.